Search This Blog

Sunday, 31 July 2011

wanita yang sedang diuji

hari ini saya berkesempatan pergi ke KLIA untuk menjemput kakak adik ipar saya yg baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah... saya tidak sedar hari ini kak A balik menerusi flight dari jeddah, sehinggakan kan mak mengingatkan saya supaya bersiap-siap ke KLIA dan bertolak pada 12 t/hari.

kak A yatim piatu, keluarga saya dah dianggpnya seperti keluarga beliau sendiri dan beliau pun memanggil mak saya dengan panggilan 'mak'.

hampir ke jam 1 petang saya, mak dan adik saya FD sampai ke KLIA, adik ipar tidak dapat pergi sama kerana berkerja (walaupun hari ahad). kami tunggu kak A.. kebetulan terserempak dengan adik kak A iaitu cik D yang turut sama menunggu.

kak A keluar daripada balai ketibaan dengan muka yang berseri-seri (sejuk hati saya melihatnya) dan selepas bersalaman dengan saya dia memeluk mak sambil menangis. kak A meluahkan rasa hati dia mahu ke Mekah lagi. perasaan saya sungguh terharu!!! agaknya semua yang bari pulang dari Mekah pun merasakan perasaan yang sama (bila lah dapat pergi Mekah!!!)

selepas semuanya selesai. kami menghantar kak A ke kereta cik D. semasa perjalanan pulang FD cerita lah yang kak A nampak senang sendiri. sebelum ini kak A ada merancang untuk berkahwin dengan seorang Arab. tapi bak kata FD, mcm x jadi je. hmmmmm.. umo kak A dah menjangkau 30 tahun. bagi saya kak A sangat cantik!!!! pakej kak A lengkap!!!.

mungkin kak A ada sebeb sendiri dan jodoh itu sediri adalah ketentuan Allah SWT. apabila saya memandang kak A. saya juga berfikir tentang diri sendiri. rahsia Allah tidak siapa tahu. seperti kak A, nampak beliau seperti sudah tidak mahu memikirkan tentang perkara jodoh lagi. selepas beliau pulang daripada mengerjakan umrah, seakan-akan kak A sangat kuat dan redha untuk menempuhi dugaan selepas ini..

setiap wanita ada dugaan nya sendiri.. saya pula sama seperti kak A. hanya dapat melihat adik-adik mengecapi bahagia dan punyai keluarga sendiri. adik kak A iaitu cik D pun akan bertunang pada hari raya ketiga nanti. sama juga seperti saya, x de ara melintang adik kesayangan saya cik F pun mungkin akan bertunang (maknanya seorang lagi adik saya bakal berumahtangga!!!)

saya dan kak A mengalami situasi yang sama dan sedang diuji. bagi saya, biarlah adik2 mendahului. saya tidak menyekat jodoh mereka. walaupun memang tidak boleh nafikan sedikit sebanyak perasaan saya terusik!! itu semua ujian... pada masa sekarang tiada istilah 'langkah bendul'... dulu-dulu ye lah, dengan alasan untuk menjaga hati.

hmmmmmm....

wanita yang diuji...
bagi saya, ujian jodoh adalah sangat hebat!!!
andai tiada jodoh di dunia...
saya mengharapkan ada jodoh di Akhirat kelak...

saya mengharapkan kak A dan wanita-wanita yang sedang diuji...
bersabarlah...

~HUGS~

6 comments:

  1. jom nasy ke Tanah Suci. jom jom jommmmmmmmmmmm :)

    jodoh itu rahsia Allah, kita hanya mampu berusaha. dan doa itu juga suatu usaha. insyaAllah.. :)

    rindu sama nasy, salam Ramadhan...cm byk bende nk cerita..cewah :P

    ReplyDelete
  2. hid ni, ada jer yg nak dia citer. tp bila jumpa xde plak nk citer. hihihihih....;p

    salam ramadhan nasy. sorry sbb dah lama x dtg KM. hihihi...

    salam ramadhan hid!!!!

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan korang berdua dan bertiga dan berempat :P

    :)

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan sumer...
    rindu korang bangat!!!!
    t leh plan.. berbuka sama.. kui3 :P

    ReplyDelete
  5. nampak macam berat gak ujian ni kan.. takpelah.. sama2 bersangka baik dengan setiap ujian dariNya.. (",)

    p/s: kebetulan, ketiga2 orang di atas ini sedang menghadapi ujian yg sama kan.. hmm...

    ReplyDelete
  6. hanya berserah kepada Allah :)

    ReplyDelete