secara teorinya business adalah business
jual beli syarikat.. investment, saham, pemilikan dan sebagainya adalah seperti asam garam dalam sesuatu perniagaan
sapa yang banyak duit, dia kaya
sapa yang bijak ambil peluang.. dia akan menguasai pasaran tak kira lah pasaran setempat, pasaran negara mahupun pasaran global
semuanya kerana duit dan PROFIT
sebenarnya isu utama penulisan blog saya ialah ingin mengupas cerita syarikat ASAHI group holding ltd yang telah membeli syarikat pemanis daripada CI holding.
secara kasarnya, tiada apa yang mengejutkan, normal la syarikat membeli syarikat (business). ada duit, beli la. jika dilihat dan dianalisis pun sudah pasti pembelian syarikat pemanis oleh ASAHI akan memberikan pulangan yang lumayan dan profit yang berganda selain dapat meluaskan pasaran.
berbalik kepada cerita asahi dan pemanis.
Asahi ialah sebuah syarikat beer yang agak famous dan besar di Jepun. kepada pengemar beer nama asahi mungkin tidak asing lagi la kan, tetapi bagi saya nama asahi pertama kali saya dengar dan jika bukan kerana isu pembelian asahi oleh pemanis saya mungkin tidak akan google nama syarikat ini. jika ingin tahu berkenaan syarikat asahi dengan lebih lanjut sila pergi ke website:
http:////www.asahibeer.com/en/index.psp.html
manakala, syarikat pemanis ialah sebuah syarikat Malaysia yang mendapat hak dalam mengedar dan memproses minuman berjenama seperti pepsi, tropicana twister, getorade dan lain-lain. boleh juga merujuk website:
http://www.permanis.com.my
isu pembelian syarikat pemanis telah keluar di dada-dada akhbar dalam ruangan ekonomi dan perniagaan dan antara artikel jelas mengenai isu ini boleh dirujuk menerusi laman web tersebut:
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/7/22/business/9151832&sec=business
http://www.radioinformasi.com/2011/07/22/kami-cari-syarikat-bermasalah/
pastinya apabila membaca berita ini, secara kasar nya kita pasti akan tidak mengambil endah tentang apa yang berlaku kan..
"oooo.. skang asahi yang beli pemanis"
tetapi sedar atau tidak bagi sesetengah mereka yg menyedari implikasi seterusnya tentang perkara ini pasti akan merasakan 'ini membawa masalah besar!!!'
saya mengetahui berkenaan cerita ini menerusi adik saya yang bekerja di pemanis.. balik rumah je pada hari pembelian syarikat tersebut adik saya merungut dan melahirkan perasaan kecewa beliau... mana tidaknya, bila saya sendiri menggunakan en google saya merasa terkejut dan terkilan mengapa CI holding menjual subsidiari nya kepada ASAHI holding????
"sebuah syarikat pengeluar beer membeli pemanis???"
mungkin kepada sesiapa yang tidak memahami secara mendalam maksud tersiratnya akan berkata;
"wahhhh.. asahi membeli dengan harga 820 juta... ini sangat bagus!!!, pasti peluang pekerja dapat bonus atau pun pasaran untuk produk pemanis juga akan lebih baik.. ini adalah untuk kebaikan semua pihak.. win-win situation"
win-win.. yea pasti menang-menang!!!
secara sedar atau tidak.. ada pekerja dan pihak awam yang merasa kecewa dengan penjualan pemanis kepada asahi!!!!
antara implikasinya pada pandangan saya;
1- mungkin akan ada pekerja (beragama islam) yang terpaksa meletak jawatan kerana tidak mahu terlibat (rasa berdosa) kerana asahi adalah syarikat beer.. mestilah gaji mereka adalah haasil injection asahi dalam syarikat.. unsur-unsur syubhah dah terang-terangan ada...
2- bagaimana pula dengan menjual produk halal tetapi dikeluarkan oleh syarikat arak??? adakah ini mengambilkira sensitiviti masyarakat islam???
3- kita tidak tahu apa perancangan asahi selepas ini... pembinaan kilang arak terbesar barangkali??? atau mencampuradukkan produk halal dan haram???
sememangnya kepada meraka yang bukan islam tidak merasakan apa-apa yang salah pun dengan situasi ini... business is still business...
bagi masyarakat islam dan bagi pekerja yang beragama islam, perkara ini sangat tidak wajar sama sekali.. dah sah-sah arak itu haram dan perkara apa pun yang melibatka arak adalah haram...
persoalan sering bermain dibenak saya...
kenapa membenarkan asahi membeli pemanis???
bagi saya.. business perlu ada rasa tanggungjawab, bukan sahaja untuk kepentingan sendiri tetapi perlu melihat kepada implikasi secara keseluruhan yang akan berlaku akibat daripada setiap keputusan yang dibuat dengan mengambilkira hal-hal perihal agama, hak-hak pekerja, tanggung jawab sosial, kebajikan pekerja dan lain-lain.
teringan kata seorang rakan... ada sesetengah muslim hanya mengamalkan islam tu separuh je.. tidak lengkap, sebab tuh hukam hakam agama buat main-main dan tidak diamalkan di dalam segenap kehidupan harian.
sedih apabila perkara ini berlaku
tepuk dada tanyalah iman
sapa saya nk kupas isu nie lebih-lebih
cuma luahan pandangan kerana berlaku di depan mata
saya hanya hamba Allah yang lemah
banyak kekurangan :)
mungkin jika ada sapa yg terbaca entri saya nie.. hope dapat share berkenaan perkara ini
PS: ayah ada bertanya seorang ustaz.. kata ustaz tersebut.. sapa yg bekerja di syarikat yg situasinya seperti pemanis, dikira darurat.. nk wat cm ne, perkara yg berlaku diluar jangkaan. bekerja lah, sambil2 tuh cari kerja lain.. Allah maha Adil.. rezeki Allah ada dimana-mana :)
salam nasyrah..
ReplyDeleteterkejut dengar berita ni.. ada kawan aku yg keje kat permanis gak... hurm... macam2 kan.. betul gak tu kata ko.. perlu ada rasa tanggungjawab dalam buat bisnes.. bukan hanya sekadar meraih keuntungan..
nampak untung kat dunia, tetapi rugi pada kehidupan akhirat..
p/s:baru terperasan kewujudan blog ni.. happy blogging..(",)
:)
ReplyDeleteFinally tertulis juga, good good good. Ya Allah sy takde kekuatan seperti itu. isk3.
:) lagi.
salam...
ReplyDeletewahhhhh.. En. fuad membaca blog saya.. tetibe malu plak.. siap jadi follower.. hhehe.. thanks!!! hope entri ni dapat memberi sesuatu :)
hid: thanks hid!!! sharing knowledge.. kekuatan pun dr anda juga :)