Search This Blog

Tuesday 20 September 2011

definisi kehidupan

memang sukar mendefinisi kehidupan..

setiap orang akan mendefinisikan kehidupan menerusi prespektif masing-masing..

secara jujurnya..
walaupun usia saya sudah menjangkau 26 tahun.. saya masih tidak mampu mendefinasikan kehidupan dengan baik..

masih tertanya-tanya apa prespektif sebenar yang tersurat dan tersirat dalam setiap apa yang pernah berlaku dan akan berlaku dalam kehidupan...
apa yang saya belajar ialah..

bukan semua yang kita rancang akan menjadi
bukan semua apa yang kita cita-citakan akan tercapai
bukan semua yang kita sayang akan menjadi kesayangan
bukan semua impian kita akan terlaksana
bukan semua yang baik itu baik
bukan semua yang jahat itu jahat
setiap pertemuan itu ada perpisahan
perpisahan mungkin akan ada jua pertemuan
cinta itu indah
cinta itu pahit
cinta itu dusta
cinta itu pesona

banyak sangat pengertian...

cuma berpegang pada percaya bahawasanya..
setiap kesakitan ada penawar
hanya Allah tempat berpegang teguh :)

PS: YA ALLAH.. LINDUNGILAH KAMI DUNIA DAN AKHIRAT

Thursday 15 September 2011

i learn to live half-alive

wooooo.. x boleh bla tajuk entri kali nie.. haha :P tapi mmg betul pun ape yg saya rasa skang nie.. bukan senang nk jadi tabah dalam situasi hujan lebat!!!.. rasa air mata pun nk tumpah sama.. sebab, hanya kerana hujan turun.. otak pula cuba memutarkan perkara yang menyebabkan hati saya sangat pilu bagai dihiris sembilu (sekali lagi mmg x bole bla).. owh noooooo!!!!! dah la skang asik2 hujan.. mgkin saya memikirkan perkara sedih.. tetapi ada orang yang betul2 bersedih dikala hujan.. ada yang tengah struggle sebab rumah dilanda banjir akibat hujan, ada juga yang stuck kat traffic jam sebab banjir kilat dan mungkin juga dan terpaksa meredah hujan sampai basah lencun dan kemudiannya demam.. wooohaaaaa... dan saya.. duduk kat opis coz x boleh balik sebab hujan.. tetap bersyukur walaupun ketika hujan :) jadi.. layankn aja lagi ini :) PS: tido pun best masa hujan nie :)

Monday 12 September 2011

kawan dan berkawan

saya tak tahu nk letak entri pasal apa kali nie.. mungkin pasal topik yang sangat general tapi bermakna!!!! saya cuma nk menghargai setiap saat yang saya habiskan bersama keluarga dan rakan2.. berbual, berkongsi masa-masa pahit dan manis bersama.. (cm tetibe jek :P) mungkin dulu saya tidak memahami erti hidup.. masa sekolah dahulu saya bukan seorang yang sosial, kawan pun dalam lingkungan org2 yang senyap dan ada juga yang kata saya sombong.. tapi sebenarnya saya tidak pandai bergaul terutamanya dengan lelaki.. bila fkirkan balik, alangkah ruginya saya.. ramai yang saya terlepas kenal.. bukan bermaksud bersosial itu saya akan jadi sangat teruk dan langsung lupa batas-batas agama.. bagi saya pendekatan sosial itu adalah kene pada tempatnya.. rugi x mengenali ramai orang, kerana masing-masing ada pandangan sendiri mengenai kehidupan.. dan yang paling penting ialah 'idea' berkomunikasi.. sharing knowledge.. jadi, untuk implementing sharing knowledge saya perlukan kawan-kawan yang faham dengan 'idea' yang disampaikan.. alhamdulillah.. saya ada kawan2 yang sangat memahami dan boleh dikatakan sebagai 'satu kapal'.. sangat open dengan topik2 yang selalu dibincangkan dan mengambil panduan dengan setiap apa yang diperkatakan :) sekarang.. saya cuba untuk tidak me-limitkan erti persahabatan.. bagi saya, tahap pendidikan seseorang itu bukan ukuran kepada kematangan.. pengalaman hidup yang lebih mematangkan fikiran dan ilmu yang diperolehi menerusi pembacaan dan pemerhatian atau juga ilmu menerusi aplikasi itu adalah sebenarnya kayu pengukur kepada tahap matang dan knowledge seseorang itu. memilih kawan bukan hanya judge dia menerusi luaran.. saya lebih suka melihat kepada kualiti 'idea' seseorang itu berkomunikasi.. sebabnya, walaupun 'idea' yang disampaikn itu simple tapi masuk akal!!! saya still boleh mendapat sesuatu yang bermakna dan boleh menjadi motivasi baru dalam meneruskan kehidupan :).. cewah.. ape2 pun berkawan itu perlu rasional.. suka dengan pandangan sorang kawan, nk jadi baik berkawan la dengan org yg baik juga :) PS: sayang dengan kawan-kawan baik saya :)

Sunday 4 September 2011

kejadian-kejadian di aidilfitri

sebenarnya tak de mood jugak nak type dalam blog nie tetibe je teringatkan blog yang dah lama tak bukak since puasa n dah raya dah pun nie.. nothing much happen during puasa n raya.. (owh.. mmg la x de mood nk bercerita) tetibe blank~ blank blank blank . . . . . . . . . . sekian... PS: dah ader mood nanti saya type cerita :)