hola~
ohooo.. sepatutnya malam ini saya pulang ke kampung halaman di batu gajah perak kerana ingin bersama-sama meraikan majlis pertunangan sepupu saya. plan awal kot nk balik, lagipun adik kesayangan saya cik F teringin berbeno berjumpe ehem2 dia yang merupakan abang bakal tunangan sepupu saya itu.. hehe.. kira 2 dalam satu lah. Cik F pun dah plan ngan ehem2 dia utk membeli cincin tunang juga katanya lah.. tapi manusia hanya merancang.. Allah SWT juga yang menentukan...
pada hari sebelum 8hb julai, disebabkan terlalu banyak sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis, saya telah bercerita kegusaran hati berkenaan dengan keadaan yang kurang selamat untuk pulang ke kampung.. my mum pun ape lagi, agak cuak disitu memikirkan hanya perempuan-perempuan sahaja yang pulang ke kampung memandangkan my dad ader majlis di tempat kerjanya.
pada petang 8hb, mak mendapat perkhabaran yang nenek sedara mengajak membuat konvoi pulang ke kampung... punyalah dah bersiap-siap kan.. packing baju.. cadangnya lepas isya' mahu segera bertolak.. saya sempat megupdate status di FB yg mengatakan saya mahu pulang ke kampung (walaupun cuak dan risau).. dah siap letak bag kat ruang tamu.. masa tu pandang mak yg tengah bercakap ngan nenek sedara di talian.. berkerut2 muka dan nampak risau.. adik saya cik N memandang sambil bergeleng-geleng kepala.. masa itu saya sudah agak jawapan mak selepas itu "demi keselamatan.. cancel balik kampung" hehe.. akhirnya, cita-cita nk pulang ke kampung terpaksa ditunda..
cik F terpaksalah stay di rumah sewa nya di cheras, mak sangat risau.. ayah pun x sure dapat bawak cik F balik or tak.. kalo x terpaksalah cik F stay kat sana sehingga tunggu hari 9hb.. hope semuanya ok2 aja kan..
ummm.. dalam keadaan mcm ini.. nk salahkn sape?? BERSIH 2.0 atau polis yang membuat sekatan??? atau kerajaan malaysia yg tak reti2 nk membawa perkara ini dalam perbincangan yg lebih adil dan saksama.. ntah la.. saya x brp suka politik sebab perkara yang benar pun nampak x berapa nk benar sebab campur tangan banyak sangat pihak.. kalo tengok tuntutan BERSIH 2.0 tu ok je.. x salah kan difikir-fikirkan dan dilaksanakan.. hehe..
ape2 pun, keadaan ini telah bayak menyusahkan banyak pihak.. kesian family kat kampung, mengharapkan sedara-mara bersama-sama berkongsi kegembiraan, tapi malangnya x dapat lah.. x de rezeki n x de jodoh.
harapan untuk hari esok a.k.a 9hb.. doakan 9hb bukan sejarah Malaysia yg perlu diratapi.. tetapi perlu diingati sebagai transformaasi sistm pentadbiran yang lebih telus dan saksama kepada semua... nantikan lah esok apa yang terjadi... layannnn~
PS: cik F dan my dad selamat sampai di rumah.. alhamdulillah.. cik F berkata jalan sangat jammmm terutama yg menghala ke KL.. owh, mmg patut la cancel balik kampung~
No comments:
Post a Comment