Search This Blog

Sunday 7 August 2011

isu halal lagi dan lagi...

semalam terbaca surat khabar berita hairan.. sememangnya saya hairan dengan berita tergempar berkenan isu penggunaan sejenis butter yang digunakan untuk membuat kek dan roti disahkan tidak halal oleh pihak JAIS??

saya terus sahaja google mana taw ada informasi lebih untuk menghuraikan berita ini.
ada la juga blogger2 yang publish story kat blog diorang antara nya lh rujuk link dibawah:

http://www.lovelyshafa.com/2011/08/golden-churn-creamy-butter-disahkan.html

http://live.dikelantan.com/2011/05/12/butter-golden-churn-disahkan-tidak-halal/

agak subjektif juga isu ini. lebih baik jangan la guna butter yang berjenama 'Butter Golden Churn' (boleh lihat gambar kat link diatas.

actually, saya tidak la nk komen labih2 pasal isu butter nie.. tapi apa yang saya nk story kan ialah mengenai pengalaman saya sendiri semasa menuntut ilmu di negeri kenyalang.

3 tahun lebih berada di sarawak menuntut prespektif baru dalam diri saya. sarawak bukanlah sebuah negeri yang sangat mundur. mungkin juga kedudukan universiti dekat je ngan bandar kuching saya merasakan tidak ada apa masalah pun dengan belajar over the sea nie.. hehe (luar negeri je, meretasi laut jugak kan??)

bandar kucing pun sangat bersih dan cantik (antara sustainable town la jugak kat Malaysia nie). sepanjang duk kat sana, semacam dah biasa dengan kehidupan di sana.. walau pun ada lah berberapa perkara yang 'shock' jugak antaranya muka melayu tapi bukan islam, tidak memahami bahasa sarawak denga baik (walaupun bertahun still tidak mampu menguasai bahasa sarawak) alahai.. sayang kan??, masalah makanan tekak tidak boleh terima dan isu halal.

sarawak terdiri daripada pelbagai etnik dan sebenarnya bagi saya mencabar la jugak bila berada dalam komuniti tersebut. perlu berhati-hati.. sebabnya kebanyakkan business dimonopoli oleh masyarakat cina.

saya masih ingat lagi, isu panas yang selalu saya dengar menerusi kawan-kawan ialah mengenai isu kedai bakery yang menjual roti, kek yang tidak halal. memang parah la jugak bagi saya yang sangat meminati roti nie. ye la, jarang la owner bakery orang islam.. mmg mejoriti org cina (yang mmg sah-sah tak de sijil halal).

di semenanjung senang juga la nk dapat supply roti mcm jenama gadernia ke kan.. kat sana ada la juga, tapi sangat terhad dan gadernia mmg dijual dengan harga berganda dari semenanjung. sarawak tidak menggalakkan barangan import dari semenanjung (untuk barangan tertentu), sebab tu la sesetengah barangan memang di produce sendiri oleh masyarakat tempatan.

berbalik pada isu halal nie, lepas dapat tahu pasal isu bakery tak halal nie mmg la saya tak beli roti dah.. huhu.. beli kat kedai yang tidak diragui je.. pernah satu masa ada bakery yg ownernya melayu kalo x silap kedai dia nama hafiz bakery.. kedai mmg betul-betul depan universiti.. mmg syok la jugak.. duk beli kat situ je la.. roti dan mexican bun!!! (fav tuh :P)

tapi malangnya, kedai 2 tutup plak.. x lama pun beroperasi.. huhu.. sedih..
satu hari, masa berkesempatan mengikuti kursus keusahawanan kat universiti, saya berkesempatan berborak dengan seorang moderator, dia ada bgtau yang kedai bakery tersebut di tutup kerana masalah supply barangan. biasalah dah org cina yang memonopoli pasaran, semestinya supply barangan dicas pada harga yang tinggi kpd pengusaha melayu. saya tidak la tahu kebenaran cerita ini.. mungkin juga ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan kedai bakery tersebut tutup.. tapi.. sangat sayang seribu kali sayang :( x dapat dah beli roti dah... huhuhuhhu

saya cuma mengharapkan.. pasa masa akan datang.. jabatan islam negeri akan lebih prihatin dengan masalah dan isu halal ini.. sepanjang pemerhatian saya, banyak supply makanan dan penyediaan yang masih diragui.. ini termasuklah supply ayam mentah dan sebagainya. yang paling penting, masyarakat islam perlu didedahkan dengan ilmu dan mempraktikkan pencarian makanan yang dijamin halal dan bersih. wallahualam...

PS: ada makanan di sarawak memang tidak akan saya lupa... antaranya mee kolok di batu 7 dan ayam penyet raja sebelah masjid di bandaraya kuching.. nymum3 sangat sedappppp!!!! bila nk kesana lagi.. rindu suda!!!

6 comments:

  1. mak saya dh buang dh butter tuh, baru nk buat kek :P hihi tp ada auntie yg emel ke JAKIM tp tak berbls :(

    ReplyDelete
  2. eh eh eh orang JAKIM dh bls, dorang ckp kt semenanjung kek lapis xpe, yg kt sabah swak je :( urm urm urm...nasy sy yg banyak malu dengan awakkkkkkkkkkkkkkk...hihihi maaf jika merepek di sini puleee :P

    ReplyDelete
  3. ehhh, saya ada tahu kedai kek lapis swk yg sedap..dkt Reko Sentral...kalau nasy rindu rindu la kt kuching :P

    hihihi, knp la sampai 3 comments, ya Allah..

    ReplyDelete
  4. hid chammmm...
    alamak.. nie yg tetibe craving 4 kek lapis..
    waaaaaa...
    yeap.. mmg business kek lapis kat sana effected la sikit sbb isu nie.. t kalo nk beli mmg kene tanya dulu guna butter ape..
    alahai.. x de ape yg merepeknya la hid.. thanks 4 e info jugakkkk :)
    hugs~
    ps: jom2 cari kek lapis.. ahaks~ :P

    ReplyDelete
  5. jom. kan skrg mlm2 kt reko sentral tuh ada uptown..lps tarawikh...xdi sy emel kek lapis tuh..dia ckp, dtg la mlm2 bole tester...hihihihihii..tp tunggu cuti lah kan? wheeeee.....ajak si dayek tuh :P

    ReplyDelete
  6. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
    sungguh menyelerakan.. ye jugak, tak pernah pi uptown bangi walaupun sebelah umah..
    ok2.. t leh pi sama nooooo :)

    ReplyDelete