u are so sweet!!!!
hehe.. hola!!!
owh bulan pose nie agak slow nk update story..
biasalah, x de la ape sangat aktiviti selain duk menghadap thesis walaupun progress x de la mantap sangat.. haha!!
ok.. alhamdulullah, dua hari lepas saya berkesempatan dengan BFF bersama-sama memeriahkan uptown reko central dengan niat untuk melihat kek lapis sarawak dan berjumpa dengan cik Heliza!! kami sangat teruja, terima kasih kepada cik HC kerana sudi bawa kami jalan2 dan tidak disangka juga, jalan-jalan kami ke reko central sangat bermakna kerana telah membawa kami ke majlis ilmu.. happy :)
rupa-rupanya, kehadiran cik Heliza adalah sebagai jemputan dalam talk show santai dengan tema 'u are so sweet!!!'. majlis tersebut diadakan semperna kempen menutup aurat yang telah diusahakan oleh Nisa' Serdang. pertama kali juga saya tahu mengenai NGO ini. info mengenai Nisa' Serdang boleh lah diketahui menerusi blogspot mereka: http://nisaa-serdang.blogspot.com
alahai comelnyer la cik Heliza... closeup!! hehe :P
secara keseluruhan majlis berjalan dengan baik sekali walaupun talk show tersebut berakhir pada sekitar 1 pagi.. hehe.. (tak pa, kiteorg x merambu-ramba.. kiteorg kat majlis ilmu :)).. seronok juga berada di majlis ilmu di dalam persekitaran yang sesak dengan manusia yg sibuk bershopping sakan untuk raya.. hehe..
alhamdulillah syukur, kami digerakkan hati untuk ke majlis tersebut.. banyak yang saya belajar daripada pencaramah jemputan iaitu Pn Waheeda, Cik Heliza dan seorang ustaz daripada program Imam Muda (hensemnya ustaz nie :P). isu utamanya tentulah mengenai aurat wanita. ape yang dibangkitkan bukan lah sahaja menyentuh mengenai kewajipan wanita memakai hijab semata-mata, tetapi kewajipan seorang wanita itu menutup keseluruhan aurat nya!!!
ya Allah, saya tersentap juga la mendengar pasal aurat nie, kerana saya masih lagi gagal dalam menyempurnakannya, setakat pakai tudung tapi aurat lain saya masih gagal (kaki terdedah x pki stokin!!!) huhuhuhu.. ya Allah, sesungguhnya saya hamba yg lemah lagi hina :(
terbuka juga mata saya apabila penceramah membincangkan perkara-perkara berkaitan apa yang dikatakan sebagai 'cantik'. pn Waheeda menerangkan pelbagai konsep cantik.. cantik itu banyak definisinya dan cantik itu sendiri adalah sangat subjektif da berbeza mengikut pandangan setiap individu. kemudiannya definisi cantik digarapkan dengan jelas oleh ustas imam muda, beliau menyatakan kecantikkan seseorang individu itu adalah menerusi ketaqwaan kepada Allah SWT dan ketaqwaan itu diperolehi menerusi keikhlasan. keikhlasan itu pula diterjemahkan menerusi perlakuan.
subhanallah.. indah nya islam.
wanita yag baik itu ialah wanita yang menjaga auratnya. seperti mana yg dijelaskan oleh cik heliza yg telah memberikan perumpamaan wanita itu sebagai buah epal. beliau menceritakan (dengan gaya cute dan funny.. boleh tahan juga cik heliza nie :P) terdapatnya sebatang pokok epal, beliau mengandaikan buah epal yang tersorok dan yang berada di kedudukan yang tinggi adalah buah epal yang sangat sedap dan paling berkualiti berbanding buah epal yang berada dibawah yang senang dipetik dan buah epal yang telah jatuh ke tanah dan dipijak-pijak oleh manusia. itulah andaiannya seorang wanita. wanita yang 'menjaga' dirinya ialah seorang wanita yang baik.
banyak la juga kupasan yang menarik mengenai wanita dan aurat nie, dan membuatkan saya terasa sangat-sangat kecil.
insyaAllah.. saya akan berusaha kerah yang lebih baik.. AYUH!!!
bagus jugak la dapat motivasi dan 'cuci' minda.. hehe..
semoga.. saya dan BFF dapat lagi ke majlis seperti ini di masa hadapan :)
PS: terima kasih cik HC dan cik D!!!!!!!! lain kali kite cari kek lapis eyh eyh eyh :)
No comments:
Post a Comment