u are so sweet!!!!
hehe.. hola!!!
owh bulan pose nie agak slow nk update story..
biasalah, x de la ape sangat aktiviti selain duk menghadap thesis walaupun progress x de la mantap sangat.. haha!!
ok.. alhamdulullah, dua hari lepas saya berkesempatan dengan BFF bersama-sama memeriahkan uptown reko central dengan niat untuk melihat kek lapis sarawak dan berjumpa dengan cik Heliza!! kami sangat teruja, terima kasih kepada cik HC kerana sudi bawa kami jalan2 dan tidak disangka juga, jalan-jalan kami ke reko central sangat bermakna kerana telah membawa kami ke majlis ilmu.. happy :)
rupa-rupanya, kehadiran cik Heliza adalah sebagai jemputan dalam talk show santai dengan tema 'u are so sweet!!!'. majlis tersebut diadakan semperna kempen menutup aurat yang telah diusahakan oleh Nisa' Serdang. pertama kali juga saya tahu mengenai NGO ini. info mengenai Nisa' Serdang boleh lah diketahui menerusi blogspot mereka: http://nisaa-serdang.blogspot.com
alahai comelnyer la cik Heliza... closeup!! hehe :P
secara keseluruhan majlis berjalan dengan baik sekali walaupun talk show tersebut berakhir pada sekitar 1 pagi.. hehe.. (tak pa, kiteorg x merambu-ramba.. kiteorg kat majlis ilmu :)).. seronok juga berada di majlis ilmu di dalam persekitaran yang sesak dengan manusia yg sibuk bershopping sakan untuk raya.. hehe..
alhamdulillah syukur, kami digerakkan hati untuk ke majlis tersebut.. banyak yang saya belajar daripada pencaramah jemputan iaitu Pn Waheeda, Cik Heliza dan seorang ustaz daripada program Imam Muda (hensemnya ustaz nie :P). isu utamanya tentulah mengenai aurat wanita. ape yang dibangkitkan bukan lah sahaja menyentuh mengenai kewajipan wanita memakai hijab semata-mata, tetapi kewajipan seorang wanita itu menutup keseluruhan aurat nya!!!
ya Allah, saya tersentap juga la mendengar pasal aurat nie, kerana saya masih lagi gagal dalam menyempurnakannya, setakat pakai tudung tapi aurat lain saya masih gagal (kaki terdedah x pki stokin!!!) huhuhuhu.. ya Allah, sesungguhnya saya hamba yg lemah lagi hina :(
terbuka juga mata saya apabila penceramah membincangkan perkara-perkara berkaitan apa yang dikatakan sebagai 'cantik'. pn Waheeda menerangkan pelbagai konsep cantik.. cantik itu banyak definisinya dan cantik itu sendiri adalah sangat subjektif da berbeza mengikut pandangan setiap individu. kemudiannya definisi cantik digarapkan dengan jelas oleh ustas imam muda, beliau menyatakan kecantikkan seseorang individu itu adalah menerusi ketaqwaan kepada Allah SWT dan ketaqwaan itu diperolehi menerusi keikhlasan. keikhlasan itu pula diterjemahkan menerusi perlakuan.
subhanallah.. indah nya islam.
wanita yag baik itu ialah wanita yang menjaga auratnya. seperti mana yg dijelaskan oleh cik heliza yg telah memberikan perumpamaan wanita itu sebagai buah epal. beliau menceritakan (dengan gaya cute dan funny.. boleh tahan juga cik heliza nie :P) terdapatnya sebatang pokok epal, beliau mengandaikan buah epal yang tersorok dan yang berada di kedudukan yang tinggi adalah buah epal yang sangat sedap dan paling berkualiti berbanding buah epal yang berada dibawah yang senang dipetik dan buah epal yang telah jatuh ke tanah dan dipijak-pijak oleh manusia. itulah andaiannya seorang wanita. wanita yang 'menjaga' dirinya ialah seorang wanita yang baik.
banyak la juga kupasan yang menarik mengenai wanita dan aurat nie, dan membuatkan saya terasa sangat-sangat kecil.
insyaAllah.. saya akan berusaha kerah yang lebih baik.. AYUH!!!
bagus jugak la dapat motivasi dan 'cuci' minda.. hehe..
semoga.. saya dan BFF dapat lagi ke majlis seperti ini di masa hadapan :)
PS: terima kasih cik HC dan cik D!!!!!!!! lain kali kite cari kek lapis eyh eyh eyh :)
Search This Blog
Monday, 15 August 2011
Sunday, 7 August 2011
isu halal lagi dan lagi...
semalam terbaca surat khabar berita hairan.. sememangnya saya hairan dengan berita tergempar berkenan isu penggunaan sejenis butter yang digunakan untuk membuat kek dan roti disahkan tidak halal oleh pihak JAIS??
saya terus sahaja google mana taw ada informasi lebih untuk menghuraikan berita ini.
ada la juga blogger2 yang publish story kat blog diorang antara nya lh rujuk link dibawah:
http://www.lovelyshafa.com/2011/08/golden-churn-creamy-butter-disahkan.html
http://live.dikelantan.com/2011/05/12/butter-golden-churn-disahkan-tidak-halal/
agak subjektif juga isu ini. lebih baik jangan la guna butter yang berjenama 'Butter Golden Churn' (boleh lihat gambar kat link diatas.
actually, saya tidak la nk komen labih2 pasal isu butter nie.. tapi apa yang saya nk story kan ialah mengenai pengalaman saya sendiri semasa menuntut ilmu di negeri kenyalang.
3 tahun lebih berada di sarawak menuntut prespektif baru dalam diri saya. sarawak bukanlah sebuah negeri yang sangat mundur. mungkin juga kedudukan universiti dekat je ngan bandar kuching saya merasakan tidak ada apa masalah pun dengan belajar over the sea nie.. hehe (luar negeri je, meretasi laut jugak kan??)
bandar kucing pun sangat bersih dan cantik (antara sustainable town la jugak kat Malaysia nie). sepanjang duk kat sana, semacam dah biasa dengan kehidupan di sana.. walau pun ada lah berberapa perkara yang 'shock' jugak antaranya muka melayu tapi bukan islam, tidak memahami bahasa sarawak denga baik (walaupun bertahun still tidak mampu menguasai bahasa sarawak) alahai.. sayang kan??, masalah makanan tekak tidak boleh terima dan isu halal.
sarawak terdiri daripada pelbagai etnik dan sebenarnya bagi saya mencabar la jugak bila berada dalam komuniti tersebut. perlu berhati-hati.. sebabnya kebanyakkan business dimonopoli oleh masyarakat cina.
saya masih ingat lagi, isu panas yang selalu saya dengar menerusi kawan-kawan ialah mengenai isu kedai bakery yang menjual roti, kek yang tidak halal. memang parah la jugak bagi saya yang sangat meminati roti nie. ye la, jarang la owner bakery orang islam.. mmg mejoriti org cina (yang mmg sah-sah tak de sijil halal).
di semenanjung senang juga la nk dapat supply roti mcm jenama gadernia ke kan.. kat sana ada la juga, tapi sangat terhad dan gadernia mmg dijual dengan harga berganda dari semenanjung. sarawak tidak menggalakkan barangan import dari semenanjung (untuk barangan tertentu), sebab tu la sesetengah barangan memang di produce sendiri oleh masyarakat tempatan.
berbalik pada isu halal nie, lepas dapat tahu pasal isu bakery tak halal nie mmg la saya tak beli roti dah.. huhu.. beli kat kedai yang tidak diragui je.. pernah satu masa ada bakery yg ownernya melayu kalo x silap kedai dia nama hafiz bakery.. kedai mmg betul-betul depan universiti.. mmg syok la jugak.. duk beli kat situ je la.. roti dan mexican bun!!! (fav tuh :P)
tapi malangnya, kedai 2 tutup plak.. x lama pun beroperasi.. huhu.. sedih..
satu hari, masa berkesempatan mengikuti kursus keusahawanan kat universiti, saya berkesempatan berborak dengan seorang moderator, dia ada bgtau yang kedai bakery tersebut di tutup kerana masalah supply barangan. biasalah dah org cina yang memonopoli pasaran, semestinya supply barangan dicas pada harga yang tinggi kpd pengusaha melayu. saya tidak la tahu kebenaran cerita ini.. mungkin juga ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan kedai bakery tersebut tutup.. tapi.. sangat sayang seribu kali sayang :( x dapat dah beli roti dah... huhuhuhhu
saya cuma mengharapkan.. pasa masa akan datang.. jabatan islam negeri akan lebih prihatin dengan masalah dan isu halal ini.. sepanjang pemerhatian saya, banyak supply makanan dan penyediaan yang masih diragui.. ini termasuklah supply ayam mentah dan sebagainya. yang paling penting, masyarakat islam perlu didedahkan dengan ilmu dan mempraktikkan pencarian makanan yang dijamin halal dan bersih. wallahualam...
PS: ada makanan di sarawak memang tidak akan saya lupa... antaranya mee kolok di batu 7 dan ayam penyet raja sebelah masjid di bandaraya kuching.. nymum3 sangat sedappppp!!!! bila nk kesana lagi.. rindu suda!!!

Tuesday, 2 August 2011
Alam Nasyrah (Melapangkan)
tafsiran surah Al-Insyirah (surah ke 94: 8 ayat)
dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
PERINTAH ALLAH KEPADA MUHAMMAD SAW AGAR TERUS BERJUANG DEGAN IKHLAS DAN TAWAKKAL
1. bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
2. dan kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
3. yang memberatkan punggungmu? (i),
4. dan kami tinggalkan bagimu sebutan (nama) mu (ii),
5. kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
7. maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain (iii)
8. dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap
catatan kaki;
(i) yang dimaksudkan dengan 'beban' ialah kesusahan-kesusahan yang dideritai oleh Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan risalah
(ii) meninggikan nama Nabi Muhammad SAW adalah bermaksud meninggikan darjat dan mengikutkan namanya dengan nama Allah dalam kalimat syahadat, menjadikan ta'at kepada Nabi termasuk ta'at kepada Allah dan lain-lain.
(iii) Maksudnya: sebahagian ahli tafsir menafsirkan apabila kamu (Muhammad) telah selesai berdakwah maka beribadatlah kepada Allah; apabila kamu telah selesai mengerjakan urusan dunia maka kerjakanlah urusan akhirat dan ada lagi yang mengatakan: apabila telah selesai mengerjakan solat maka berdoalah.
surah ini merupakan simbolik kepada nama saya NASYRAH. Subhanallah, Allahhuakbar.. sungguh indah ayat ini dan jelas menyatakan percaya kepada nikmat Allah setelah datangnya kesusahan. Nasyrah itu bererti melapangkan. lapangkanlah dadamu dan beribadat lah dengan memohon keampunan.
semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan Ramadhan ini, sehingga akhir tahun ini, dan seluruh kehidupan.. semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah.
AMIN.

Subscribe to:
Posts (Atom)