Search This Blog

Sunday, 13 November 2011

APE NAK JADI???

pada masa ini.. aku haya duduk di atas katil dan menghadap laptop..
niat mmg nak buat kerja.. esok dah kene hantar kertas kerja untuk perbentangan kolokium lestari.. haha.
dan percaya atau tidak.. aku mmg x tulis apa2 pun.. hanya ada tajuk kertas kerja dan sedikit tulang rangka penulisan.. tengok dah macam bangunan yang baru nk dibina.. x nampak apa2 pun lagi..

huhu.. aku tak taw nape lately nie aku mmg x de semangat nk sambung writing....
aku dah malas senarnya..
byk sangat benda happen kat umah...
aku banyak pk pasal tahun depan...
aku banyak pk pasal keberlangsungan hidup aku...
aku pk kan yang aku tidak akan kemana kalo aku teruskan hidup aku kat ukm...
aku tak de skill yang aku boleh jual tuk demand kat dunia industri...gi interview aku x leh nk demand
, alasan diorg aku x de pengalaman... damm!!!
aku tak nk stuck dengan research yang ntah ape2... research bagus tapi aku rasa sangat terbiar...
aku nak move on... cari kerja yang boleh develop working skill aku...
aku dah 26 tahun kot... org lain dah start bina empayar masa depan... aku x de ape lagi.. shit!!!!
aku tak peduli pasal kawen... yg aku peduli yg aku belum jadi sumbody yang parents aku boleh banggakan!!!

aku rasa dunia akdemik membunuh aku slowly...
aku nak jadi org yang lebih kompetitif.. work n study.. dapat certificate untuk senang nk naik.. pengalaman pun sama penting gak..
peduli ape yg org nk cakap ape nanti.. aku nk move on!!!!!

aku bertekad.. thesis mmg kene siapkan.. cuma aku nk keluar n nk cari ruang aku sendiri... bekerja dalam environment baru.. tempat baru.. pengalaman baru.. n aku nak start all over again..

aku tak lupa ape yang aku belajar n ape yg aku usahakan sekarang... ape yang aku start aku kene habiskan.. tapi pada masa yang sama aku nk usaha sumting utuk karier aku...

aku harap ape yg aku plan nie menjadi n dapat bantu aku utuk jadi lebih baik dan baik untuk masa depan..

aku cuma nk kualiti hidup aku sendiri... 
aku kene start letak tanda aras...
aku kene taw ape yg aku nk capai...

Allah yang menentukan.. aku hanya usaha... berdoa supaya semua dipermudahkan.. amin :)











Wednesday, 12 October 2011

i love u

i love you because i love you
there is no reason for falling in love with you 

i love you because i love you 
there is no such words can define my feelings

i love you because i love you
and i hope you will say i do.. i do.. i do.. yes i love you too :)






Tuesday, 20 September 2011

definisi kehidupan

memang sukar mendefinisi kehidupan..

setiap orang akan mendefinisikan kehidupan menerusi prespektif masing-masing..

secara jujurnya..
walaupun usia saya sudah menjangkau 26 tahun.. saya masih tidak mampu mendefinasikan kehidupan dengan baik..

masih tertanya-tanya apa prespektif sebenar yang tersurat dan tersirat dalam setiap apa yang pernah berlaku dan akan berlaku dalam kehidupan...
apa yang saya belajar ialah..

bukan semua yang kita rancang akan menjadi
bukan semua apa yang kita cita-citakan akan tercapai
bukan semua yang kita sayang akan menjadi kesayangan
bukan semua impian kita akan terlaksana
bukan semua yang baik itu baik
bukan semua yang jahat itu jahat
setiap pertemuan itu ada perpisahan
perpisahan mungkin akan ada jua pertemuan
cinta itu indah
cinta itu pahit
cinta itu dusta
cinta itu pesona

banyak sangat pengertian...

cuma berpegang pada percaya bahawasanya..
setiap kesakitan ada penawar
hanya Allah tempat berpegang teguh :)

PS: YA ALLAH.. LINDUNGILAH KAMI DUNIA DAN AKHIRAT

Thursday, 15 September 2011

i learn to live half-alive

wooooo.. x boleh bla tajuk entri kali nie.. haha :P tapi mmg betul pun ape yg saya rasa skang nie.. bukan senang nk jadi tabah dalam situasi hujan lebat!!!.. rasa air mata pun nk tumpah sama.. sebab, hanya kerana hujan turun.. otak pula cuba memutarkan perkara yang menyebabkan hati saya sangat pilu bagai dihiris sembilu (sekali lagi mmg x bole bla).. owh noooooo!!!!! dah la skang asik2 hujan.. mgkin saya memikirkan perkara sedih.. tetapi ada orang yang betul2 bersedih dikala hujan.. ada yang tengah struggle sebab rumah dilanda banjir akibat hujan, ada juga yang stuck kat traffic jam sebab banjir kilat dan mungkin juga dan terpaksa meredah hujan sampai basah lencun dan kemudiannya demam.. wooohaaaaa... dan saya.. duduk kat opis coz x boleh balik sebab hujan.. tetap bersyukur walaupun ketika hujan :) jadi.. layankn aja lagi ini :) PS: tido pun best masa hujan nie :)

Monday, 12 September 2011

kawan dan berkawan

saya tak tahu nk letak entri pasal apa kali nie.. mungkin pasal topik yang sangat general tapi bermakna!!!! saya cuma nk menghargai setiap saat yang saya habiskan bersama keluarga dan rakan2.. berbual, berkongsi masa-masa pahit dan manis bersama.. (cm tetibe jek :P) mungkin dulu saya tidak memahami erti hidup.. masa sekolah dahulu saya bukan seorang yang sosial, kawan pun dalam lingkungan org2 yang senyap dan ada juga yang kata saya sombong.. tapi sebenarnya saya tidak pandai bergaul terutamanya dengan lelaki.. bila fkirkan balik, alangkah ruginya saya.. ramai yang saya terlepas kenal.. bukan bermaksud bersosial itu saya akan jadi sangat teruk dan langsung lupa batas-batas agama.. bagi saya pendekatan sosial itu adalah kene pada tempatnya.. rugi x mengenali ramai orang, kerana masing-masing ada pandangan sendiri mengenai kehidupan.. dan yang paling penting ialah 'idea' berkomunikasi.. sharing knowledge.. jadi, untuk implementing sharing knowledge saya perlukan kawan-kawan yang faham dengan 'idea' yang disampaikan.. alhamdulillah.. saya ada kawan2 yang sangat memahami dan boleh dikatakan sebagai 'satu kapal'.. sangat open dengan topik2 yang selalu dibincangkan dan mengambil panduan dengan setiap apa yang diperkatakan :) sekarang.. saya cuba untuk tidak me-limitkan erti persahabatan.. bagi saya, tahap pendidikan seseorang itu bukan ukuran kepada kematangan.. pengalaman hidup yang lebih mematangkan fikiran dan ilmu yang diperolehi menerusi pembacaan dan pemerhatian atau juga ilmu menerusi aplikasi itu adalah sebenarnya kayu pengukur kepada tahap matang dan knowledge seseorang itu. memilih kawan bukan hanya judge dia menerusi luaran.. saya lebih suka melihat kepada kualiti 'idea' seseorang itu berkomunikasi.. sebabnya, walaupun 'idea' yang disampaikn itu simple tapi masuk akal!!! saya still boleh mendapat sesuatu yang bermakna dan boleh menjadi motivasi baru dalam meneruskan kehidupan :).. cewah.. ape2 pun berkawan itu perlu rasional.. suka dengan pandangan sorang kawan, nk jadi baik berkawan la dengan org yg baik juga :) PS: sayang dengan kawan-kawan baik saya :)

Sunday, 4 September 2011

kejadian-kejadian di aidilfitri

sebenarnya tak de mood jugak nak type dalam blog nie tetibe je teringatkan blog yang dah lama tak bukak since puasa n dah raya dah pun nie.. nothing much happen during puasa n raya.. (owh.. mmg la x de mood nk bercerita) tetibe blank~ blank blank blank . . . . . . . . . . sekian... PS: dah ader mood nanti saya type cerita :)

Monday, 15 August 2011

uptown downtown dan talk show santai

u are so sweet!!!!

hehe.. hola!!!
owh bulan pose nie agak slow nk update story..
biasalah, x de la ape sangat aktiviti selain duk menghadap thesis walaupun progress x de la mantap sangat.. haha!!

ok.. alhamdulullah, dua hari lepas saya berkesempatan dengan BFF bersama-sama memeriahkan uptown reko central dengan niat untuk melihat kek lapis sarawak dan berjumpa dengan cik Heliza!! kami sangat teruja, terima kasih kepada cik HC kerana sudi bawa kami jalan2 dan tidak disangka juga, jalan-jalan kami ke reko central sangat bermakna kerana telah membawa kami ke majlis ilmu.. happy :)

rupa-rupanya, kehadiran cik Heliza adalah sebagai jemputan dalam talk show santai dengan tema 'u are so sweet!!!'. majlis tersebut diadakan semperna kempen menutup aurat yang telah diusahakan oleh Nisa' Serdang. pertama kali juga saya tahu mengenai NGO ini. info mengenai Nisa' Serdang boleh lah diketahui menerusi blogspot mereka: http://nisaa-serdang.blogspot.com


alahai comelnyer la cik Heliza... closeup!! hehe :P

secara keseluruhan majlis berjalan dengan baik sekali walaupun talk show tersebut berakhir pada sekitar 1 pagi.. hehe.. (tak pa, kiteorg x merambu-ramba.. kiteorg kat majlis ilmu :)).. seronok juga berada di majlis ilmu di dalam persekitaran yang sesak dengan manusia yg sibuk bershopping sakan untuk raya.. hehe..




alhamdulillah syukur, kami digerakkan hati untuk ke majlis tersebut.. banyak yang saya belajar daripada pencaramah jemputan iaitu Pn Waheeda, Cik Heliza dan seorang ustaz daripada program Imam Muda (hensemnya ustaz nie :P). isu utamanya tentulah mengenai aurat wanita. ape yang dibangkitkan bukan lah sahaja menyentuh mengenai kewajipan wanita memakai hijab semata-mata, tetapi kewajipan seorang wanita itu menutup keseluruhan aurat nya!!!

ya Allah, saya tersentap juga la mendengar pasal aurat nie, kerana saya masih lagi gagal dalam menyempurnakannya, setakat pakai tudung tapi aurat lain saya masih gagal (kaki terdedah x pki stokin!!!) huhuhuhu.. ya Allah, sesungguhnya saya hamba yg lemah lagi hina :(

terbuka juga mata saya apabila penceramah membincangkan perkara-perkara berkaitan apa yang dikatakan sebagai 'cantik'. pn Waheeda menerangkan pelbagai konsep cantik.. cantik itu banyak definisinya dan cantik itu sendiri adalah sangat subjektif da berbeza mengikut pandangan setiap individu. kemudiannya definisi cantik digarapkan dengan jelas oleh ustas imam muda, beliau menyatakan kecantikkan seseorang individu itu adalah menerusi ketaqwaan kepada Allah SWT dan ketaqwaan itu diperolehi menerusi keikhlasan. keikhlasan itu pula diterjemahkan menerusi perlakuan.

subhanallah.. indah nya islam.

wanita yag baik itu ialah wanita yang menjaga auratnya. seperti mana yg dijelaskan oleh cik heliza yg telah memberikan perumpamaan wanita itu sebagai buah epal. beliau menceritakan (dengan gaya cute dan funny.. boleh tahan juga cik heliza nie :P) terdapatnya sebatang pokok epal, beliau mengandaikan buah epal yang tersorok dan yang berada di kedudukan yang tinggi adalah buah epal yang sangat sedap dan paling berkualiti berbanding buah epal yang berada dibawah yang senang dipetik dan buah epal yang telah jatuh ke tanah dan dipijak-pijak oleh manusia. itulah andaiannya seorang wanita. wanita yang 'menjaga' dirinya ialah seorang wanita yang baik.

banyak la juga kupasan yang menarik mengenai wanita dan aurat nie, dan membuatkan saya terasa sangat-sangat kecil.

insyaAllah.. saya akan berusaha kerah yang lebih baik.. AYUH!!!

bagus jugak la dapat motivasi dan 'cuci' minda.. hehe..



semoga.. saya dan BFF dapat lagi ke majlis seperti ini di masa hadapan :)

PS: terima kasih cik HC dan cik D!!!!!!!! lain kali kite cari kek lapis eyh eyh eyh :)